jika anda merupakan seorang saintis yang terlibat dengan kajian profesor Kazufumi Yazaki, adakah kamu akan memasarkan rokok tanpa nikotin tersebut? berikan pendapat anda?
ya ! saya akan memasarkan rokok tersebut kerana dapat mengurangkan kesan Dadah jenis nikotin yang memberi rasa 'umph' pada rokok. Dalam sebatang rokok terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung kepada cara ia diproses. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau dadah kokain. Nikotin juga turut mempengaruhi perilaku seseorang sehingga merosakkan individu dan masyarakat dari segi kesihatan atau sebaliknya. Tambahan pula merokok atau penggunaan tembakau menepati beberapa ciri pergantungan.
1)Sebab : Sebagai satu bahan dadah psikoaktif, nikotin mudah berkumpul dan bertindak di tisu-tisu saraf dan otak berbanding dengan dadah yang lain
Bukti : nikotin adalah lebih khusus pada otot, kelenjar dan sistem saraf. Oleh itu ia berupaya membebaskan beberapa bahan kimia semulajadi yang lain untuk mempengaruhi fungsi otak, merencat tapak-tapak khas (reseptor) di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung, tekanan darah, dan otak
2)Sebab : nikotin tidak menyebabkan barah, tetapi dalam proses merokok, perubahan kimia boleh berlaku dan menyebabkan bahan ini menjadi karsinogenik
Bukti : Akibat rangsangan otak, kesan nikotin pada saluran darah dan jantung menjadi ketara. Apabila terlalu banyak merokok, nikotin akan menekan kadar jantung dan tekanan darah, berlakunya kurang selera makan dan penurunan berat badan yang ketara berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Keadaan ini berkaitan dengan pengaruh nikotin ke atas hormon-hormon tubuh.
3)Sebab : Nikotin merupakan dadah yang kuat
Bukti :
Bukti : Nikotin bertindak terhadap pusat kepuasan di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal
Diambil Dari : http://zulrose.tripod.com/respiratory/id21.html
No comments:
Post a Comment